Main menu:
Mengapa harus melalui MGM ?
MGM telah di lantik secara rasmi untuk mewakili kolej atau universiti. Oleh itu segala urusan pendaftaran hendaklah di buat melalui MGM
Bolehkah saya terus direct dengan kolej atau universiti?
Boleh, tetapi urusan anda mungkin akan lambat dan biasanya pihak kolej atau universiti akan tetap meminta anda untuk berurusan dengan MGM
Bagaimana dengan yuran pendaftaran?
Bergantung pada kolej atau universiti, masing-masing mempunyai yuran pendaftaran berbeza mengikut kursus. Sila hubungi consultant kami untuk info kursus tersebut
Bila saya harus bayar yuran pendaftaran?
Hanya setelah anda mendapat surat tawaran rasmi dari kolej
Bagaimana dengan jaminan pekerjaan?
Beberapa kolej atau universiti mempunyai Career Placement Program, sila dapatkan info lengkap daripada Consultant kami. Dari pihak MGM kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan info yang tepat kepada anda
Keputusan SPM saya tidak layak, ada alternatif?
Ya, jika anda tidak mencapai syarat, consultant kami akan memberikan anda alternatif untuk memperbaiki keputusan SPM anda samada mengambil O' level atau ulangan SPM
Bagaimana cara memohon?
Hantar email melalui website ini, atau hantar salinan IC dan SPM anda ke pejabat kami
Berapa lama untuk mendapat jawapan?
Bergantung pada tarikh penerimaan dokumen anda, sila berhubung dengan consultant kami untuk update status permohonan anda